- Kata Adjektif
- Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
- kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
- 1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
- A. Jenis-jenis kata Adjektif
- 3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
- Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya
- 1. Adjektif Jati
- Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
- Contoh
- Buku itu berwarna biru.
- Budak kurus itu kawan saya.
- 2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
- Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
- Contoh
- Ayah memiliki dua buah kereta.
- Saya membeli beberapa kuntum bunga.
- 3. Adjektif Tunjuk
- Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
- contoh
- Baju ini mahal harganya.
- Perkara demikian jangan diulangi lagi.
- 4. Adjektif pencerai / pengasingan
- Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
- Contoh
- Setiap pelajar mesti berdiplin.
- Ambil barang masing-masing.
Kata adjektif ialah kata yang menerangkan- Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
- (a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
- (b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
- (c) menerangkan
sifat ukuran seperti
tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur; - (e) menerangkan
sifat jarak seperti
hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.
Khamis, 13 Disember 2012
Khamis, 15 November 2012
KESALAHAN UMUM DALAM BERBAHASA
Sila perhatikan gambar - gambar berikut. Apakah kesalahan bahasa yang terdapat di dalam gambar tersebut? Sila senaraikan kesalahan - kesalahan itu.
Memartabatkan Bahasa Melayu Tanggung jawab Kita Bersama
Nyanyi A B C
Mari - mari kita belajar A B C
Kita menyebut A B C
Nyanyi A B C
A untuk ayam
B untuk beruang
C untuk cicak
D untuk daun
E untuk emak
Latihan Tatabahasa
Tatabahasa merupakan elemen penting dalam pembelajaran bahasa .Oleh itu , sukacita saya ingin berkongsi latihan tatabahasa ini.
Anda boleh memuat turun latihan tatabahasa ini di pautan :
http://www.ziddu.com/download/20887530/LatihanTatabahasa1SetA.docx.html
Saya amat berbesar hati sekiranya anda dapat memanfaatkan latihan tatabahasa ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu .
Selamat Mencuba.
Anda boleh memuat turun latihan tatabahasa ini di pautan :
http://www.ziddu.com/download/20887530/LatihanTatabahasa1SetA.docx.html
Saya amat berbesar hati sekiranya anda dapat memanfaatkan latihan tatabahasa ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu .
Selamat Mencuba.
Sabtu, 10 November 2012
Di sini, saya ingin berkongsi maklumat tentang penjodoh bilangan yang saya peroleh daripada Utusan Malaysia.
Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
Nota
1. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan
bersama-sama dengan
kata bilangan.
kata bilangan.
2. Penjodoh bilangan digunakan untuk
menentulkan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3. Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh
bilangan serta
penggunaannya.
penggunaannya.
Penjodoh
Bilangan
|
Penggunaan
|
baris
|
Untuk benda yang
bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
|
batang
|
Untuk benda yang
panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
|
biji
|
Untuk benda yang
kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
|
cucuk
|
Untuk benda-benda yang
dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
|
das
|
Untuk bunyi tembakan
senapang atau meriam
|
ekor
|
Untuk haiwan sepeti
kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
|
gugus
|
Untuk pulau atau
buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
|
ikat
|
Untuk benda-benda yang
diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya
|
jambak
|
Untuk benda yang dalam
bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperti bunga, anak kunci,
buah-buahan, dan sebagainya
|
keping
|
Untuk benda yang nipis
dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
|
ketul
|
Untuk benda-benda yang
berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya
|
laras
|
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan
sebagainya
|
lembar
|
Untuk benda yang panjang dan halus seperti
benang, tali, dan sebagainya
|
pasang
|
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju,
anting-anting, kasut, dan sebagainya
|
sikat
|
Untuk pisang
|
ulas
|
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka,
dan sebagainya
|
utas
|
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung
seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya
|
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan
Penjodoh Bilangan:
1.
(a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. (salah)
(b) Setiap peserta
dikehendaki mematuhi
peraturan yang
telah ditetapkan. (betul)
Penjelasan : Ada kalanya penjodoh bilangan tidak
digunakan bersama-sama dengan kata
bilangan.
|
2.
(a) Encik Ikmal telah
memberikan sebuah pendapat
yang bernas. (salah)
(b)
Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang
bernas. (betul)
Penjelasan : Penjodoh bilangan tidak diperlukan
untuk menghitung kata nama abstrak. |
3.
(a) Ayu memetik sejambak
bunga lalu disematkan
di rambutnya. (salah)
(b) Ayu
memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)
Penjelasan : Penjodoh bilangan perlu digunakan
bersesuaian dengan konteks ayat.
|
Selasa, 30 Oktober 2012
Lagu Kanak - Kanak
Lagu kanak - kanak amat membantu dalam pengajaran Bahasa Melayu terutama untuk murid -murid tahap satu.
Sabtu, 6 Oktober 2012
Syukur Alhamdulillah....
Syukur Alhamdulillah.....dengan izinNya dapat saya membuat blog ini.
Harap-harap kita dapat berkongsi maklumat melalui blog ni.
Harap-harap kita dapat berkongsi maklumat melalui blog ni.
Langgan:
Catatan (Atom)