Koleksi Soalan

Apakah jawapannya?

SOALAN PENJODOH BILANGAN

PENJODOH BILANGAN

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan penjodoh bilangan yang paling sesuai.


1 Johan mengopek kelapa dengan menggunakan se parang.
A bilah C pucuk
B tangkai D buah

2 Lapan rumah teres musnah dalam kebakaran pagi semalam.
A tingkat C pintu
B papan D pangsa

3 Dua lanun itu telah ditumpaskan oleh polis marin.
A puak C kumpulan
B gerombolan D anggota

4 Di tepi jalan itu terdapat empat dawai elektrik.
A gulung C ikat
B gumpal D gelung

5 Emak membentangkan permaidani di ruang tamu.
A segelung C segulung
B sehelai D selembar

6 Empat tikar dibentangkan di dalam surau itu sebelum makmum bersolat.
A daun C helai
B kajang D keping

7 Dua askar ditugaskan menjaga sempadan negara agar tidak dicerobohi pihak musuh.
A kumpulan C buah
B gerombolan D ketumbukan

8 Adib memelihara se_____ burung serindit dalam sangkar yang sama.
A kumpulan C ekor
B pasang D kawan


9 Zaki memancing dengan menggunakan se_______ joran yang baru dibelinya.
A potong C batang
B buah D kaki


10 Pihak polis melepaskan tujuh ______ tembakan ke arah penceroboh itu.
A das C butir
B laras D pucuk

11 Abang Zailan menghadiahi kakak se ____ cincin permata yang mahal harganya.
A utas C biji
B bentuk D buah

12 Sultan Iskandar menganugerahkan se_______ persalinan kepada Hang Tuah.
A helai C lembar
B keping D pasang

13 Karimah membawa dua ____ payung semasa pergi berkelah di tepi pantai.
A batang C kaki
B pucuk D bilah

14 Kasrina memasukkan tiga _____ ais ke dalam minumannya.
A butir C ketul
B biji D buah

15 Puan Wizana menyuruh anaknya pergi membeli empat ______ sabun mandi.
A bentuk C ikat
B ruas D buku




Mari kita menguji minda dengan soalan - soalan berkaitan dengan  Kata Ganti Nama Diri .
KATA GANTI NAMA DIRI
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 .Ibu, duit _______ hilang,. kata Umair kepada ibunya.
A kita
B kami
C saya
D mereka

2. Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.
A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka

3 .Jika _______ ada masalah sila jumpa saya,. kata Cikgu Sarah kepada saya.
A mereka
B kamu
C kami
D dia

4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.
A Dia
B Kami
C Awak
D Saya

5 . Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.
A dia
B kami
C kamu
D beliau

6.  Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,. kata cikgu.
A dia
B kita
C kamu
D mereka

7. Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,. kata Siti kepada Nurul.
A mereka
B awak
C saya
D kami

8 .Boleh _______ tumpang bertanya?. kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
A kamu
B awak
C kami
D saya

9 .Ampun _______ tuanku,. sembah Hang Tuah kepada raja.
A beta
B patik
C hamba
D baginda

10 .Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,. kata Ani kepada
kawan-kawannya.
A dia
B awak
C beliau
D kalian

1 ulasan:

  1. Boleh dikongsi bersama.Terima kasih Cikgu Anira.Teruskan usaha anda.

    BalasPadam