Khamis, 15 November 2012

KESALAHAN UMUM DALAM BERBAHASA

Sila perhatikan gambar - gambar berikut. Apakah kesalahan bahasa yang terdapat di dalam gambar tersebut? Sila senaraikan kesalahan - kesalahan itu.




Memartabatkan Bahasa Melayu Tanggung jawab Kita Bersama

Nyanyi A B C


Mari - mari kita belajar A B C
Kita menyebut A B C
Nyanyi A B C

A untuk ayam
B untuk beruang
C untuk cicak
D untuk daun
E untuk emak


Latihan Tatabahasa

Tatabahasa merupakan elemen penting dalam pembelajaran bahasa .Oleh itu , sukacita saya ingin berkongsi latihan tatabahasa ini.

Anda boleh memuat turun latihan tatabahasa ini di pautan :

http://www.ziddu.com/download/20887530/LatihanTatabahasa1SetA.docx.html

Saya amat berbesar hati sekiranya anda dapat memanfaatkan latihan tatabahasa ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu .

Selamat Mencuba.

Sabtu, 10 November 2012

Di sini, saya ingin berkongsi maklumat tentang penjodoh bilangan yang saya peroleh daripada Utusan Malaysia. 



Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
Nota 
1.   Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan
      kata bilangan.
2.   Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda
      mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3.  Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta
     penggunaannya.
 
Penjodoh Bilangan
Penggunaan
baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
batang
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
das
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
gugus
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
ikat
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya
jambak
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperti bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
keping
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya
laras
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
lembar
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
pasang
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya
sikat
Untuk pisang
ulas
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya
utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya
 

 
Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:
 
1.      (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi
                 peraturan  yang telah ditetapkan.  (salah)
           (b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi
                peraturan  yang  telah ditetapkan. (betul) 
         
          Penjelasan :  Ada kalanya penjodoh bilangan tidak
          digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
 
     2.  (a)  Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
                yang bernas. (salah)
          (b)  Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang
                bernas.  (betul)
 
         Penjelasan :  Penjodoh bilangan tidak diperlukan
         untuk menghitung kata nama abstrak.
 
 
     3.   (a)  Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan
                 di rambutnya. (salah)
(b)     Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)
 
           Penjelasan :  Penjodoh bilangan perlu digunakan
           bersesuaian dengan konteks ayat.